SEORANG lelaki warga Amerika Syarikat dijatuhi hukuman mati semalam selepas dituduh membunuh lima anaknya.
Peguam mengatakan Timothy Jones, 37, merupakan penghidap skizofrenia dan tidak wajar untuk dibicarakan.
Jones dijatuhi hukuman minggu lalu kerana membunuh lima anaknya berusia satu hingga lapan tahun pada 2014.
Bekas isterinya mengejutkan mahkamah apabila meminta Juri tidak menjatuhkan hukuman mati berkenaan.
“Dia menunjukkan apa-apa tindakan berbahaya terhadap anak saya. Anak-anak saya menyayanginya dan saya bercakap bagi pihak anak saya dan bukan diri sendiri,” kata Amber Kyzer menurut laporan akhbar.
Kyzer mengatakan dia bersetuju untuk memberikan jagaan tunggal anak-anak Jones kerana dia bekerja sebagai jurutera komputer.
Pendakwa Rick Hubbard meminta hukuman mati dikenakan dan memanggil Jones sebagai “raksasa”.
Mahkamah mengambil masa kurang dua jam untuk mengumumkan keputusan mereka.
Jones berkata, dia fikir anak lelakinya yang berusia enam tahun merancang menentangnya dengan bekas isteri dan didakwa memaksa kanak-kanak itu bersenam sehingga meninggal dunia.
Dia kemudian mencekik empat lagi anaknya sebelum meletak mereka di dalam beg sampah dan membuangnya di lereng bukit di Alabama.
Jones ditangkap di pusat pemeriksaan lalu lintas selepas seorang pegawai mengesan baut badan mereput di dalam keretanya. – AFP, 14 Jun, 2019.
Komen