Tiga tentera terbunuh di Kashmir


Serangan dilakukan di sepanjang jalan di selatan wilayah yang digunakan oleh ratusan ribu pelawat yang mengunjungi kuil gua Hindu di Himalaya Kashmir. – Gambar EPA, 14 Jun, 2019

SEKURANG-KURANGNYA tiga tentera paramiliter terbunuh dan tiga lagi cedera pada Rabu lepas apabila militan melancarkan serangan di lebuh raya utama Kashmir.

Jurucakap Pasukan Polis Rizab Pusat Paramiliter (CRPF) Sanjay Sharma memberitahu AFP bahawa sekurang-kurangnya dua militan membawa kereta menyerang dengan senjata automatik dan membunuh tiga tentera.

Beliau berkata, seorang penyerang terbunuh dalam tembakan balas manakala seorang lagi berjaya melarikan diri.

Seorang pegawai kanan polis berkata, seorang pegawai polis tempatan juga kritikal dlaam serangan itu.

Serangan dilakukan di sepanjang jalan di selatan wilayah yang digunakan oleh ratusan ribu pelawat yang mengunjungi kuil gua Hindu di Himalaya Kashmir.

Pertempuran senjata di antara militan dan pasukan kerajaan India sering berlaku pada tahun ini dan lebih 100 pemberontak terbunuh setakat ini.

Beberapa kumpulan pemberontak bersenjata telah berjuang selama tiga dekad dan kira-kira 500,000 tentera India ditempatkan di wilayah bergolak yang dituntut oleh Pakistan.

Mereka menerima sokongan awam yang meluas daripada penduduk yang mahukan kemerdekaan dan penggabungan bekas kerajaan dengan Pakistan.

Beberapa pihak mendakwa pertempuran telah menyebabkan lebih 70,000 orang mati yang kebanyakannya orang awam. – AFP, 14 Jun, 2019


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen