Akar umbi PKR sedih tapi tidak terkesan dengan episod baharu politik longkang 


Sheridan Mahavera Diyana Ibrahim

Ahli PKR mendakwa skandal terbaharu terhadap pemimpin kanan parti, Azmin Ali, menjadikan mereka semakin kuat berbanding memecahbelahkan parti.– Gambar fail The Malaysian Insight, 14 Jun, 2019

MEREKA mungkin terganggu dan sedih kerana perlu berdepan dengan satu lagi kempen kotor namun ahli PKR tidak terkesan dengan apa yang mereka rasakan sebagai satu lagi cubaan untuk menjatuhkan parti.

Dalam wawancara dengan 10 aktivis dari Terengganu hingga Kuala Lumpur, dari Perak ke Sarawak, mereka mendakwa skandal terbaharu terhadap pemimpin kanan parti, Azmin Ali, menjadikan mereka semakin kuat berbanding memecahbelahkan parti.

Kebanyakan daripada mereka sudah bersama dengan parti sejak hamir sedekad dan masih ingat ketika perlu berdepan dengan perbicaraan liwat kedua presiden mereka Anwar Ibrahim. Separuh daripada mereka sudah bersama parti itu sejak penubuhannya pada 1999 dan turut mengikut perbicaraan kes liwat pertama Anwar.

“Saya melalui semua waktu sukar itu dengan rakan seperjuangan namun ia tidak menghalang kami untuk mendapatkan keadilan,” kata pemimpin Wanita PKR dari Sarawak.

Majoriti mereka yang diwawancara mengesyaki Umno sebagai dalang di sebalik episod baharu ini. Mereka mendakwa musuh tradisi mereka itu sentiasa melakukan perbuatan kotor dan bukannya membahaskan PKR berhubung dasar.

“Mereka gagal mencari kelemahan mengenai integriti dan dasar kami, jadi mereka bergantung kepada seks dan sensasi,” kata pemimpin akar umbi dari Pulau Pinang Air Ghazali menngenai klip video dua lelaki yang sedang melakukan hubungan intim.

Salah seorang lelaki dalam video terbabit didakwa sebagai Haziq Abdullah Abdul Aziz, yang merupakan setiausaha sulit kepada timbalan menteri manakala seorang lagi didakwa Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali. Azmin bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan laporan polis telah dibuat.

Sementara itu, pemimpin akar umbi PKR Sarawak, Desmond Kho tidak percaya lelaki dalam video berkenaan adalah Haziq atau ketulenan video berkenaan –  penganalisis politik berkata sentimen itu adalah perkara biasa dalam zaman media digital palsu.

“Saya tidak percaya dengan dakwaan itu dan tidak peduli (mengenai video). Terdapat isu yang lebih besar untuk saya bimbangkan seperti ekonomi, sistem pendidikan kita dan perpaduan negara,” kata Kho yang merupakan dari PKR Stampin.

Kembali ke politik longkang

Berbanding tiga rakan dalam gabungan pemerintah Pakatan Harapan, PKR terpalit dengan siri skandal seks yang hair tidak berkesudahan bermula dengan Anwar Ibrahim sendiri yang kemudian disabitkan kesalahan dan dienjarakan atas kesalahan liwat pada 1999.

Sepuluh tahun kemudian, sekali lagi disiasat dan disabitkan kesalahan atas tuduhan hubungan sulit dengan bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan. Anwar kekal dengan kenyataan Umno dalang disebalik kedua-dua insiden itu. Beliau diberi pengampunan bagi sabitan kedua pada Jun tahun lalu.

Antara tahun berikut, sekumpulan ahli perniagaan pula cuba meyakinkan masyarakat umum yang mereka menangkap Anwar dalam satu video bersama seorang wanita warga asing, yang juga dinafikan beliau.

Kebanyakan generasi muda ahli PKR yang ditemui TMI berkata, mereka tidak percaya dengan dakwaan terhadap Azmin.

“Sudah tentu tak percaya gambar pun dah buktikan bukan Azmin, benda ni politik kita pun tak dapat nak baca macam mana politik sekarang,” kata Mohd Firdaus Radzi, yang merupakan aktivis PKR bagi bahagian Lembah Pantai.

Rakan Firdaus dari Lembah Pantai, Mohd Afil Gaos memuji Azzmin kerana menjadi seorang pemimpin yang dekat dengan akar umbi.

“Saya dalam PKR dalam kira-kira sudah 18 tahun, sampai tukar kerajaan. Saya memang tak percaya benda ini. Kami sedih dengan tohmahan fitnah jahat ke atas Azmin.

“Tapi biasalah dalam politik ini, kita tak nak bermusuh, dengan semua orang kita nak berkawan, dengan Umno sekali pun kita nak baik. Tapi mungkin ini satu strategi dia untuk menjatuhkan kita.”

Zack yang merupakan aktivis PKR dari Pandan dan Mohd Al Iman Zakaria dari Putrajaya, percaya video seks itu hanya rancangan untuk menjatuhkan Azmin.

“Mungkin ada pihak rasa tergugat dengan kemaraan Azmin,” kata Al Iman dan menambah beliau kecewa kerana politik longkang kembali ke Malaysia Baharu.

Menyatupadukan parti

Tuduhan terhadap Azmin mincul ketika parti berdepan masalah dua puak  – satu yang setia kepada Azmin dan satu lagi kepada Anwar.

Namun mereka yang ditemui enggan menerima pendapat bahawa video berkenaan adalah daripada seseorang dalam parti atau ada kaitan dengan persengketaan Azmin-Anwar. Mereka lebih merasakan ia adalah kerja orang luar yang cuba memecahbelahkan parti.

“Orang dalam parti tidak ada kebolehan untuk melakukan sesuatu seperti ini. Ia nampak lebih kepada satu lagi plot Umno,” kata veteran PKR dari Dungun, Abdul Rahman Yusof.

“Orang yang menuduh pun nampak macam orang tak stabil. Dia melomat dari parti ke parti, jadi sudah tentu dia boleh dimanipulasi,” kata Abdul Rahman mengenai Haziq, yang merupakan bekas ahli Umno sebelum menyertai PKR.

Seorang lagi ahli PKR dari Terengganu, Alfaizal Amjed berkata, skanda itu dilihat semakin mengukuhkan PKR dan bukan memecahbelahkan.

“Tapi apa pasti selepas perkara ini kita lihat masih lagi ada orang datang menyokong dan tak henti- henti bagi sokongan. Apa yang saya nampak melalui mata saya selepas perkara ini, dan tweet azmin dapat ribuat like berbanding sebelum ini. Sokongan makin banyak berbanding biasa,” kata Alfaizal.

Aktivis veteran KR dari Perak Zulkifli Ibrahim, percaya ramai yang akan menolak politik sebegini.

“Akan ada pihak yang cuba utk bawak cara politik lama ni balik. Tapi saya percaya rakyat akan tolak budaya politik ini di dalam Malaysia baru, kata Zulkifli yang merupakan dari bahagian Kuala Kangsar. – 14 Jun, 2019


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen