20 militan Taliban ditahan agensi risikan Afghanistan 


Anggota pasukan keselamatan Afghanistan meningkatan kawalan keselamatan daripada ancaman kumpulan Taliban di Kandahar, selatan Afghanistan. – Gambar EPA, 13 Jun, 2019

AGENSI Perisikan Afghanistan menahan 20 anggota militan Taliban di wilayah Kandahar, selatan Afghanistan dalam tempoh 10 hari lalu, lapor agensi berita Xinhua.

“Mereka ditahan kerana terlibat dalam aktiviti subversif termasuk serangan terhadap pasukan keselamatan, ulama, menanam periuk api di jalan raya dan menyerang orang awam,” menurut kenyataan agensi itu pada Khamis.

Semua yang ditahan mengaku terlibat dalam kegiatan pengganas dan menyokong kumpulan Taliban menyerang pihak kerajaan.

Bagaimanapun, pihak Taliban belum membuat sebarang komen berhubung perkara itu. – Bernama, 13 Jun, 2019


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen