SERAMAI 11 anggota militan disahkan terbunuh selepas tempat persembunyian Taliban di Nad Ali dan Marja di selatan wilayah Helmand diserang pesawat tempur pihak keselamatan Afghanistan, lapor agensi berita Xinhua, memetik kenyataan tentera pada Khamis.
Dalam operasi udara yang dijalankan Rabu petang itu, beberapa pemberontak bersenjata turut cedera dan lokasi persembunyian dimusnahkan.
Tiada orang awam dan anggota keselamatan dilaporkan cedera setakat ini. – Bernama, 13 Jun, 2019
Komen