SERAMAI 79 orang cedera selepas penunjuk perasaan bertembung dengan pihak berkuasa kerana membantah langkah Hong Kong membuat pindaan baharu dalam rang undang-undang ekstradisi kerajaan pada Rabu, demikian menurut agensi berita Sputnik.
Dua dilaporkan berada dalam keadaan serius. Mangsa termuda ialah remaja berusia 15 tahun, memetik media tempatan pada Khamis.
Bantahan terbesar yang diadakan sejak hujung minggu lalu, membabitkan lebih sejuta penunjuk perasaan, memaksa polis menggunakan gas pemedih mata dan peluru getah bagi mengawal keadaan.
Pindaan itu, jika diluluskan, akan membenarkan pelarian dipindah ke kawasan di mana Hong Kong tidak mempunyai bidang kuasa atau mencapai sebarang persetujuan. – Bernama, 13 Jun, 2019.
Komen