LIMA Orang Asli suku kaum Bateq dari Kg Kuala Koh, Gua Musang masih berada di Unit Rawatan Rapi.
Kementerian Kesihatan berkata setakat ini 103 penduduk menerima rawatan di Hospital Gua Musang.
Seramai 56 Orang Asli lagi menerima rawatan pesakit luar manakala 42 orang masih di bawah pemerhatian di wad biasa.
Maklumat ini dikeluarkan oleh Pusat Kesediaan Krisis dan Tindak Balas (CPRC) di Kg Kuala Koh hari ini.
Terdahulu, menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waytha Moorthy berkata, seorang lelaki Orang Asli Nasri Rosli, 3, yang menderita akibat penyakit pneumonia berada dalam keadaan kritikal tetapi stabil.
Beliau berkata, kanak-kanak dari suku Bateq itu berada di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di Kota Bharu selepas dipindahkan dari Hospital Kuala Krai Ahad lepas.
Kementerian Kesihatan juga mengesahkan dua daripada 14 kematian yang dilaporkan melibatkan komuniti Bateq dalam tempoh sebulan disebabkan oleh radang paru-paru tetapi punca sebenar kematian hanya akan diketahui selepas keputusan ujian diketahui.
Sementara itu, pasukan mencari telah menemui empat tapak di mana jasad suku Bateq diletakkan selepas meninggal dunia.
12 jasad suku Bateq diletakkan di dala hutan di atas pelantar sebagai sebahagian daripada upacara mereka.
Pihak berkuasa masih berusaha memastikan penyebab kematian 14 Orang Asli dari suku berkenaan sepanjang bulan lalu. – 13 Jun, 2019.
Komen