Australia lulus pembinaan lombong arang batu berhampiran Terumbu Sawar Besar 


Terumbu Sawar Besar di Australia merupakan salah satu tarikan utama pelancongan di dunia. – Gambar EPA, 13 Jun, 2019

AUSTRALIA meluluskan pembinaan lombong arang batu berhampiran Terumbu Sawar Besar, sekaligus memberi laluan kepada eksport yang dramatik dan tidak matang.

Kerajaan Queensland berkata, ia menerima pelan pengurusan air bawah tanah bagi lombong milik India, Adani Carmichael—yang merupakan pertikaian undang-undang terakhir sebelum pembinaan boleh dimulakan.

Projek berkenaan yang mencetuskan perdebatan hangat sejak beberapa dekad lalu, timbul selepas syarikat tenaga mengelakkan bahan api fosil susulan kebimbangan berhubung masalah iklim.

Pembangkang memberi amaran bahawa ia akan mencipta generasi baharu eksport arang batu—yang akan digunakan di India dan China—menyumbang kepada kerosakan planet ini.

Lombong arang batu yang luas itu dijangka mampu menghasilkan 60 juta tan arang batu setahun, sekaligus mampu meningkatkan eksport arang batu Australia sebanyak 20%.

Ditambah dengan pembinaan rangkaian kereta api, ia mampu menyumbang kepada Queensland projek perlombongan baharu.

“Sekiranya semua arang batu di Lembah Galilea dibakar, ia mampu menghasilkan 705 juta tan pencemaran iklim setiap tahun, yang mana lebih 1.3 kali pencemaran yang dihasilkan Australia menerusi semua sumbeer termasuk kenderaan, industri, tenaga dan pertanian,” kata Yayasan Konervasi Australia. – AFP, 13 Jun, 2019


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen