ARMADA kelima Amerika Syarikat berkata, kapalnya di Timur Tengah menerima panggilan kecemasan dari dua kapal tangki yang dilaporkan diserang di Teluk Oman.
“Kami menyedari serangan yang dilaporkan ke atas kapal tangki di Teluk Oman,” menurut satu kenyataan dari Armada Kelima, yang berpangkalan di Bahrain.
“Tentera Laut AS di rantau ini menerima dua panggilan kecemasan berlainan pada 6.12 pagi (waktu tempatan) dan panggilan kedua pada 7 pagi,” menurut kenyataan itu.
“Kapal Tentera Laut AS kini berada di kawasan berkenaan dan sedang menghulurkan bantuan.” – AFP, 13 Jun, 2019
Komen