Moscow umum gencatan senjata di Idlib, Syria


Idlib, kawasan utama terakhir yang tidak berada dalam kawalan kerajaan Syria, berdepan serangan hebat sejak beberapa minggu lalu, walaupun menjadi kawasan pemampan perang sejak sebulan lalu. – Gambar AFP, 13 Jun, 2019.

MOSCOW mengumumkan gencatan senjata di daerah Idlib, Syria beberapa minggu selepas serangan hebat udara dan roket dilakukan tentera kerajaan dan Rusia.

“Inisiatif Rusia dengan penghubung Turki dan Rusia, perjanjian gencatan senjata dicapai di kawasan bergolak Idlib pada tengah malam 12 Jun,” kata Pusat Perdamaian Rusia untuk Syria dalam satu kenyataan lewat malam semalam.

“Hasilnya, pengurangan signifikan diperhatikan wujud dalam aspek serangan kumpulan haram,” kata pusat itu yang dikendalikan pasukan tentera Rusia.

Idlib, kawasan utama terakhir yang tidak berada dalam kawalan kerajaan Syria, berdepan serangan hebat sejak beberapa minggu lalu, walaupun menjadi kawasan pemampan perang sejak sebulan lalu.

Pemerhati Hak Asasi untuk Syria, kumpulan sivil di Britain berkata pada Isnin, 25 orang awam termasuk tujuh kanak-kanak terbunuh dalam serangan, sejak hujung April lalu, lebih 360 orang awam maut.

Perang Syria sudah membunuh lebih 370,000 orang dan menyebabkan jutaan orang jadi pelarian sejak tercetus pada 2011.

Rusia menggerakkan tenteranya untuk menyokong Presiden Bashar al-Assad sejak 2015, membantunya menakluk kembali sebahagian besar negara daripada militan dan pemberontak. – AFP, 13 Jun, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen