MOSCOW percaya hubungan antara Rusia dan Kazakhstan akan terus kukuh di bawah pentadbiran Presiden Kassym-Jomart Tokayev yang baru dipilih, lapor agensi berita Sputnik.
“Presiden Tokayev pernah belajar di Moscow, beliau tahu mengenai Rusia. Hubungan kedua-dua negara akan terus berkembang sepertimana semasa pentadbiran bekas Presiden Nursultan Abashuly Nazarbaye, ” kata Presiden Vladimir Putin.
Putin berkata, Rusia dan Kazakhstan mempunyai beberapa perancangan projek.
“Kami amat berharap semua projek yang dirancang akan menjadi kenyataan, saya percaya tiada sebab ia akan gagal,” ujar Putin.
Putin menyatakan peluang kerjasama dua hala dan pelbagai hala antara Moscow dan Nur-Sultan (dahulu dikenali Astana) akan terus meningkat seiring dengan kukuhnya hubungan kedua-dua negara. – Bernama, 13 Jun, 2019.
Komen