Liga Arab selar Moldova pindah kedutaan ke Baitulmaqdis


Liga Arab semalam mengutuk keputusan Moldova untuk memindahkan kedutaannya di Israel dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis. – Gambar fail AFP, 13 Jun, 2019.

LIGA Arab semalam mengutuk keputusan Moldova untuk memindahkan kedutaannya di Israel dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis, lapor agensi berita Turki Anadolu memetik kenyataan yang dikeluarkan liga itu.

“Langkah itu merupakan satu pelanggaran undang-undang antarabangsa dan resolusi berkaitan legitimasi antarabangsa,” menurut kenyataan akhbar liga itu.

Ia berkata keputusan itu ancaman terbuka kepada rakyat Palestin.

Ia menggesa kerajaan Moldova mengubah tingkah lakunya, yang boleh mendatangkan kesan negatif terhadap sistem perundangan antarabangsa serta hubungan dengan negara-negara Arab.

Israel berusaha meyakinkan negara di seluruh dunia untuk memindahkan misi mereka dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.

Setakat ini, hanya Amerika Syarikat dan Guatemala yang memindahkan kedutaan mereka. – Bernama, 13 Jun, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen