Gabenor dipecat selepas sekampung dibunuh di Mali


Mali berkabung tiga hari sebagai penghormatan kepada mangsa serangan pengganas pada 10 Jun lalu, terhadap populasi Sobane Da village. – Gambar fail EPA, 13 Jun, 2019.

KERAJAAN Mali semalam menyingkirkan gabenor wilayah tengah Mopti susulan pembunuhan besar-besaran di sebuah kampung menyebabkan 35 maut.

Negara berkabung tiga hari akan turut diadakan sebagai penghormatan kepada mangsa serangan pengganas pada 10 Jun lalu, terhadap populasi Sobane Da village, kata Presiden Ibrahim Boubacar Keita dalam satu kenyataan dibacakan di stesen televisyen negara.

“Mengambil pengajaran daripada tragedi itu, Kabinet memecat gabenor Mopti,” kata Jeneral Sidi Alassane Toure.

Seramai 24 yang maut adalah kanak-kanak, kata kerajaan dalam satu kenyataan awal, menambah enam ditahan susulan insiden itu.

Dalam satu lagi insiden lain pada Rabu, satu serangan berlaku terhadap kumpulan etnik Dogon di selatan negara itu, menyebabkan dua mati, sementara beberapa yang lain cedera.

Penembak mengepung kampung Sobane Da, membunuh penduduk dan membakar rumah dalam serangan yang berlaku selama tujuh jam itu, kata mangsa yang terselamat.

Pembunuhan itu menambak kegusaran terhadap keganasan di wilayah berkenaan, di mana ketegangan semakin memburuk akibat kebangkitan gerakan pengganas pada 2015. – AFP, 13 Jun, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen