Skandal 'video Haziq' berlanjutan, video baharu tersebar


Chan Kok Leong

Kumpulan pertama diberi nama “Azmin Ali Part 2/4” dan kumpulan kedua bergelar “Azmin ali part 2/4”. – Gambar fail The Malaysian Insight, 12 Jun, 2019.

DUA kumpulan borak dalam aplikasi WhatsApp dibentuk pada jam 6.58 petang tadi untuk menyebarkan gambar dan video didakwa berkaitan dengan Azmin Ali.

Kumpulan pertama diberi nama “Azmin Ali Part 2/4” dan kumpulan kedua bergelar “Azmin ali part 2/4”.

Nombor telefon wartawan, ahli politik dan beberapa orang polis turut dimasukkan ke dalam kumpulan itu.

Antara yang dimasukkan ke dalam kumpulan itu termasuklah Ahli Majlis Pimpinan Bersatu Kadir Jasin, pemimpin Umno Lokman Noor Adam, Timbalan Speaker Dewan Rakyta Nga Kor Ming, Yaakob Sapari (PKR) dan Ketua Polis Kuala Lumpur Mazlan Lazim.

Ini adalah modus operandi sama semalam untuk menyebarkan video menunjukkan dua lelaki di atas katil, salah seorang mirip Azmin yang sudah menafikan dakwaan itu.

Wartawan dimasukkan ke dalam kumpulan sembang oleh nombor tidak dikenali sebelum video dimuat naik ke dalamnya.

Azmin awal hari ini dinamakan sebagai salah seorang lelaki dalam video itu oleh Ketua Pemuda PKR Santubong Haziq Abdul Aziz yang juga setiausaha sulit kanan Timbalan Menteri Industri Utama Shamsul Iskandar Akin.

Haziq dalam video dimuat naik ke akaun Facebooknya mengakui beliau dan Azmin adalah lelaki dalam video tersebut.

Kumpulan pertama dibentuk oleh nombor telefon +6011-61239014, manakala kumpulan kedua dibentuk +6011-61749112.

Nombor pertama +6011-61239014 menggunakan nama Mike Samuel Lim, manakala nombor kedua +6011-61749112 menggunakan nama Jamal Ahmad. Kedua-dua nombor disenaraikan sebagai pentadbir kumpulan.

Pentadbir kumpulan kemudiannya memuatnaik dua keping gambar dan sebuah video berdurasi 1 minit 29 saat.

Cubaan The Malaysian Insight menghubungi kedua-dua nombor tersebut gagal kerana ia masuk ke dalam kotak panggilan suara. – 12 Jun, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen