Peminat tonton Avengers: Endgame 110 kali


Filem mega pecah panggung terbitan Marvel Studios itu meraih AS$2.73 bilion untuk kutipan seluruh dunia setakat ini, meletakkan di belakang Avatar yang mengutip AS$2.788 bilion untuk menjadi filem terlaku sepanjang zaman. – Gambar AFP, 12 Jun, 2019.

SEORANG peminat Marvel di Amerika Syarikat membantu kejayaan Avengers: Endgame menjadi filem pecah panggung terhebat dalam sejarah filem- dengan menonton filem adiwira itu sebanyak 110 kali dan mungkin mencipta rekod Guinness baharu.

“Saya bekerja 10 jam, menonton Endgame sebanyak dua kali pada hujung minggu sekurang-kurangnya enam jam,” kata Agustin Alanis dalam mesej di Twitter pada Isnin disertakan gambarnya dengan pekerja pawagam memegang tiketnya yang ke-110.

Alanis memecahkan rekod dicipta tahun lepas oleh Anthony Mitchell yang menonton Avengers: Infinity War sebanyak 103 kali yang membuatkan beliau dimasukkan ke dalam Guinness Book of World Records dan lawatan ke set Endgame.

Alanis yang tinggal di Florida menggunakan Twitter untuk projeknya itu, memuat naik gambarnya dengan setiap tiket dibelinya.

Filem mega pecah panggung terbitan Marvel Studios itu meraih AS$2.73 bilion untuk kutipan seluruh dunia setakat ini, meletakkan di belakang Avatar yang mengutip AS$2.788 bilion untuk menjadi filem terlaku sepanjang zaman.

Filem terbaru siri Avengers itu mengutip AS$1.2 bilion pada minggu pertamanya April lalu.

Pemerhati industri bagaimanapun berkata filem tersebut mula hilang daya tarikan dan mungkin terpaksa berpuas hati di tempat kedua, dibelakang Avatar sahaja.

Kecuali lebih ramai peminat tegar seperti Alanis melaksanakan tanggungjawab mereka untuk memastikan Endgame mengatasi Avatar. – AFP, 12 Jun, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen