Pasukan mencari jumpa sisa tulang di kampung Orang Asli


Noel Achariam Ravin Palanisamy

Ketua Polis Kelantan Hasanuddin Hassan berkata pasukan itu- salah satu daripada tiga yang dihantar- menemui sebuah tapak dengan sisa tulang hampir 7km dari Kampung Kuala Koh, Gua Musang. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 12 Jun, 2019.

PASUKAN mencari ditubuh pihak berkuasa menemui kemungkinan sisa mayat Orang Asli di Gua Musang untuk menentukan punca kematian 14 orang komuniti Bateq sejak bulan lepas.

Ketua Polis Kelantan Hasanuddin Hassan berkata pasukan itu- salah satu daripada tiga yang dihantar- menemui sebuah tapak dengan sisa tulang hampir 7km dari Kampung Kuala Koh, Gua Musang.

“Pencarian mengambil masa dua jam. Kami juga letakkan papan tanda di kawasan itu untuk menandakan ia adalah lokasi pertama kubur.

“Kami akan terus mencari baki 11 kubur lain seperti maklumat diberikan tok batin,” katanya di pintu masuk kampung itu.

Awal hari ini, Pasukan Gerakan Am menutup laluan keluar masuk ke kampung itu kerana pihak berkuasa akan memulakan proses masuk ke hutan untuk mencari kubur 12 ahli komuniti itu dikebumikan.

Sekatan itu dibina pada jam 7 pagi hari ini pada jarak 8km dari kampung itu. Hanya pihak berkuasa dibenarkan masuk ke kawasan itu.

Ia dilakukan selepas wabak misteri membunuh 14 ahli komuniti Orang Asli kaum Bateq. Pihak berkuasa sebelum ini berkata ia berpunca daripada jangkitan paru-paru atau masalah pernafasan. – 12 Jun, 2019.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen