PASUKAN keselamatan Ghana pada Rabu membebaskan dia wanita warga Kanada yang diculik di kelab golf bandar Kumasi minggu lalu, kata pegawai kerajaan.
“Operasi Keselamatan Negara pada awal hari ini, berjaya menyelesaikan misi menyelamatkan dua wanita warga Kanada yang diculik di Kumasi, kata Menteri Penerangan Kojo Oppong Nkrumah dalam satu kenyataan.
“Rakyat dan pelancong di negara ini sekali lagi diberi jaminan bahawa Ghana masih selamat,” tambahnya.
Pekerja sukarelawan berusia 19 dan 20 tahu itu diculik pada 4 Jun di Kumasi, iaitu bandar kedua terbesar di Ghana, kira-kira 200 kilometer dari ibu negaranya Accra.
Ketika kejadian mereka sedang dalam perjalanan menaiki Uber dengan seorang lagi wanita warga Kanada.
Ketika mereka tiba di destinasi, kedua-dua wanita berkenaan terlebuh dahulu keluar dari kenderaan dan dilarikan secara tiba-tiba. Wanita ketiga kemudian memaklumkan kepada pihak polis bersama pemandu Uber.
Polis berkaya, wanita terbabit merupakan sukarelawan Youth Challenge International, iaitu sebuah organisasi pembangunan Kanada yang beribu pejabat di Toronto.
Penculikan dan jenayah kejam terhadap warga asing jarang berlaku di Ghana. – AFP, 12 Jun, 2019
Komen