Syria pintas peluru berpandu Israel 


Tentera Israel melancarkan peluru berpandu yang menyasarkan kedudukan Hizbullah dan sekutunya di Syria.– Gambar EPA, 12 Jun, 2019

PERTAHANAN udara Syria berjaya menembak jatuh peluru berpandu Israel di selatan negara itu pada Rabu, menurut media tempatan, ketika laporan pemantau mendakwa kedudukan rejim Lubnan yang merupakan sekutu Hizbullah terkena serangan itu.

Serangan dilancarkan pada awal pagi di Tall al-Hara berhampiran Bukit Golan, menurut laporan agensi berita Sana.

Menurut laporan itu, tiada kemalangan jiwa dalam serangan berkenaan malah ia juga tidak ada sasaran spesifik.

Sana turut mendakwa Israel melancarkan “perang elektronik” dan merosakkan radar Syria.

Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria yang berpangkalan di Britain berkata, serangan berkenaan menyasarkan kedudukan gerakan Hizbullah di dua lokasi, namun tidak menyatakan sekiranya terdapat mangsa yang terlibat.

“Semua kedudukan yang terkena peluru berkenaan merupakan kedudukan Hizbullah dari Lubnan,” kata ketua pemerhati Rami Abdel Rahman.

Peluru berpandu berkenaan menyasarkan Tall al-Hara, iaitu kawasan bukit di selatan Daraa yang mana menjadi tempat Hizbullah meletakkan radarnya serta sistem pertahanan serangan udara, kata pemerhati itu yang bergantung kepada sumber dalaman dari Syria untuk mendapatkan maklumat.

Ia turut menyasarkan berek tentera Lubnan di bandar Quneitra iaitu di zon bebas tentera yang dikawal Syria antara kedua-dua negara di Golan.

Bandar berkenaan telah musnah sejak empat dekad lalu ketika ia diserang oleh tentera Israel sebelum mereka berundur pada 1974 di bawah perjanjian Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu.

Israel melancarkan ratusan serangan udara di Syria sejak bermulanya konflik pada 2011, yang menyasarkan anggita tetera yang setia kepada Presiden Bashar al-Assad dan sekutu rejim itu, Iran dan Hizbullah.

Awal bulan ini, Israel menyerang beberapa kedudukan yang dikuasai rejim dalam tempoh 24 jam, menyebabkan 15 orang terbunuh. – AFP, 12 Jun, 2019


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen