AHLI lembaga Pengarah SRC International tidak menyedari sepenuhnya urusan yang dilakukan oleh entiti kerajaan, yang membawa kepada pinjaman pertamanya sebanyak RM2 bilion pada tahun 2011, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur didengar hari ini.
Saksi pendakwaan, Pengerusi Lembaga Pengarah SRC International Ismee Ismail memberi keterangan bahawa Ketua Pegawai Eksekutif Nik Faisal Ariff Kamil tidak memaklumkan kepada lembaga pengarah yang beliau membuat permohonan pinjaman kepada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) sebanyak RM3.95 bilion.
Ismee yang juga pengerusi lembaga pengarah 1MDB berkata, beliau tidak ingat sekiranya lembaga pengarah 1MDB memberi kebenaran kepada Nik Faisal untuk mendapatkan pinjaman RM3.95 bilion daripada KWAP.
Pihak pembelaan hari ini menyemak emel yang dimajukan oleh Nik Faisal kepada KWAP mengenai butiran pelaburan yang berpotensi dalam syarikat Indonesia.
Ismee berkata, beliau tidak dimaklumkan mengenai pertemuan antara Nik Faisal dengan KWAP dan koresponden.
SRC International merupakan anak syarikat 1MDB sehingga ia diambil alih Kementerian Keangan pada Februari, 2012.
Ismee berkata, lembaga pengarah 1MDB juga tidak dimaklumkan ia mendaoat pinjaman dari KWAP dengan jaminan korporat daripada 1MDB dan bukannya jaminan kerajaan.
Lembaga pengarah 1MDB tidak tahu KWAP menawarkan pinjaman untuk jaminan korporat daripada 1MDB dan lembaga pengarah 1MDB aka dirujuk emegnai perkara ini.
Ismee juga tidak menyatakan sama ada lembaga pengarah tahu KWAP sebelum ini menawarkan pinjaman kepada 1MDB dan bukannya SRC International, seperti yang diperakui oleh pegawai dari dana itu.
Lembaga pengarah SRC juga tidak dimaklumkan
Lembaga pengarah SRC Interational juga tidak mengetahui mengenai laporan prestasi syarikatnya, yan dihantar secara terus kepada Kementerian Kewangan.
Ismee berkata lembaga pengarah SRC International juga tidak pernah menerima laporan itu dan tidak mengetahui bahawa laporan itu diserahkan kepada Kementerian Kewangan.
Lembaga Pengarah telah mengambil keterangan Nik Faisal bahawa beliau sering berkomunikasi dengan Najib, yang merupakan penasihat emeritus SRC International.
Tambah Ismee, Najib tidak pernah hadiri mesyuarat ahli lembaga pengarah SRC International.
Najib didakwa berkaitan pinjaman RM4 bilion kepada SRC International yang dibuat pada 2011 dan 2012, yang mana beliau didakwa menerima RM42 juta dalam akaunnya pada 2014 dan 2015.
Beliau berdepan tiga pertuduhan pecah amanah, tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu tuduhan salah guna kuasa. Jika disabitkan kesalahan, beliau boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun.
Najib, 66, diwakili sepasukan peguam yang diketuai Muhammad Shafee Abdullah. Peguam Negara Tommy Thomas mengetuai pihak pendakwaan dan perbicaraan itu dipengerusikan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali. – 12 Jun, 2019
Komen