SEKUMPULAN besar penunjuk perasaan di tengah Hong Kong awal hari ini ketika kota itu berdepan satu lagi himpunan besar-besaran sebagai bantahan terhadap rancangan kerajaan membenarkan ekstradisi ke China.
Negara hab kewangan itu gempar pada hujung minggu lalu dengan himpunan bantahan terbesar sejak kota itu kembali ke China pada 1997, dengan desakan pihak berkuasa memansuhkan rancangan Beijing itu.
Ribuan rakyat terutama golongan muda dan pelajar mula berkumpul di sebuah taman berhampiran pejabat kerajaan, menjelang bahas berkenaan rang undang-undang (RUU) itu hari ini, dengan sejumlah besar anggota polis berpakaian anti rusuhan berkawal di sekeliling bangunan rasmi.
Penganjur himpunan pada Ahad lalu berkata lebih sejuta rakyat akan turun ke jalanan – tetapi ia gagal menghalang ketua eksekutif Carrie Lam yang menolak desakan menarik balik atau menangguhkan RUU itu.
Ramai bimbang undang-undang yang dicadangkan itu akan menyasarkan rakyat dan dibawa ke mahkamah di tanah besar China dan menjejaskan reputasi Hong Kong sebagai hab perniagaan antarabangsa.
Lebih 110 perniagaan di Hong Kong berkata akan menutup kedai pada hari ini sebagai tanda solidariti kepada penunjuk perasaan, dan persatuan pelajar di ibu kota mengumumkan mereka akan memboikot kelas untuk menghadiri himpunan. – AFP, 12 Jun, 2019.
Komen