IRAN semalam membebaskan seorang lelaki Lubnan yang ditahan pada 2015 atas tuduhan mengintip untuk Amerika Syarikat (AS).
Nizar Zakka, pemegang status warganegara AS ditahan pada September 2015 ketika berkunjung ke Iran, di mana pada Julai berikutnya beliau disabitkan bersalah.
Beliau ialah ketua Organisasi ICT Arab, satu badan tidak berasaskan keuntungan yang memberi nasihat tentang pertumbuhan dan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi di Timur Tengah.
Sebelum ditahan, beliau turut serta dalam satu persidangan di Tehran atas jemputan Shahindokht Molaverdi, yang juga naib presiden kementerian wanita dan hal ehwal keluarga pada masa itu.
Beliau disekat ketika dalam perjalanan ke lapangan terbang, menurut keluarganya dan peguam.
Pada masa itu, stesen televisyen Iran berkata beliau dituduh kerana mempunyai “hubungan rapat dengan tentera dan perkhidmatan risikan AS”.
Ia menyiarkan gambar seorang lelaki berpakaian seragam tentera dan dikatakan itu adalah Zakka di pangkalan AS.
Pada Selasa, Zakka tiba di Lubnan, selepas dibebaskan oleh pihak berkuasa Iran. – AFP, 12 Jun, 2019.
Komen