SEKURANG-kurangnya tujuh orang maut apabila sebuah bot membawa pendatang tenggelam dekat pulau Lesbos di Greece, hari ini, kata pengawal pantai.
Pengawal pantai berkata mereka berjaya menyelamatkan 57 orang dengan bantuan bot peronda sempadan Kesatuan Eropah (EU). Tiada maklumat diberi mengenai kerakyatan pendatang tersebut.
Bagaimanapun, sumber berkata mangsa yang mati terdiri daripada empat wanita, seorang lelaki dan dua kanak-kanak perempuan.
Menurut Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi lebih daripada 300 pendatang maut tahun ini ketika cuba menyeberangi Laut Mediterraean ke Eropah.
Terdapat kira-kira 70,000 pendatang di Greece, kebanyakannya pelarian Syria yang melarikan diri sejak 2015 melalui Turki. – AFP, 11 Jun, 2019.
Komen