PUTRAJAYA akan mengurangkan karenah birokrasi dalam prosedur perniagaan dan tempoh kelulusan bagi memudahkan urusan, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.
Beliau turut mendedahkan yang buat masa sekarang terdapat sejumlah 60 langkah yang perlu diikuti, sehingga menyusahkan pelabur asing.
“Kami mahu mengurangkan proses ini supaya kita boleh mempercepatan kelulusan seterusnya menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi,” katanya selepas mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi.
Katanya lagi, Ketua Setiausaha Negara Ismail Bakar sudah ditugaskan untuk mengurangkan jumlah proses dan agensi terlibat dalam proses kelulusan itu. – 11 Jun, 2019.
MENYUSUL
Komen