Helikopter terhempas di New York, 1 maut


Pasukan kecemasan berkejar ke bangunan 54 tingkat di Seventh Avenue selepas sebuah “pendaratan terhempas” oleh sebuah helikopter yang baharu 10 minit berlepas daripada tapak penerbangan di bandar itu. – Gambar AFP, 11 Jun, 2019.

SEBUAH helikopter terhempas di atas sebuah bangunan pencakar langit di Manhattan semalam, menyebabkan kebakaran dan membunuh seorang serta menyebabkan seluruh bangunan bergegar hebat.

Pasukan kecemasan berkejar ke bangunan 54 tingkat di Seventh Avenue selepas sebuah “pendaratan terhempas” oleh sebuah helikopter yang baharu 10 minit berlepas daripada tapak penerbangan di bandar itu.

Jabatan Bomba New York mengesahkan seorang maut- dipercayai juruterbang, menurut Datuk Bandar Bill de Blasio.

Bercakap di tempat kejadian, de Blasio berkata “ia mungkin boleh jadi lebih buruk”.

“Tidak ada kecederaan lain setakat ini yang kami tahu kepada sesiapa di dalam bangunan atau di luar,” katanya, menambah: “Syukur kepada Tuhan.”

Juruterbang itu adalah satu-satunya orang dalam helikopter tersebut, menurut pihak berkuasa penerbangan AS.

“Tidak ada bukti ketika ini yang ia adalah serangan pengganas,” kata de Blasio. “Dan tidak ada ancaman berterusan kepada New York berdasarkan semua maklumat yang kami ada sekarang.”

Rakaman menunjukkan pesawat terbakar dengan asap tebal daripada puncak bangunan.

Pihak Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) mengenal pasti helikopter tersebut sebagai Agusta A109E dan kejadian berlaku pada jam 1.45 petang waktu tempatan. – AFP, 11 Jun, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen