Rogol dan bunuh kanak-kanak, 6 dijatuhi hukuman


Kejadian rogol melibatkan kanak-kanak berusia 8 tahun dari suku nomad Muslim pada 2018 itu telah menimbulkan ketakutan dan ketegangan antara agama di India. – Gambar EPA, 10 Jun, 2019.

ENAM lelaki dijatuhi hukuman hari ini atas tuduh memperkosa dan membunuh seorang kanak-kanak berusia 8 tahun dari suku nomad Muslim pada 2018 yang menimbulkan ketakutan serta mencetuskan ketegangan antara agama.

Keganasan seksual termasuk terhadap kanak-kanak semakin berleluasa di India dan kemarahan terhadap kes Kathua menyebabkan kerajaan terpanggil untuk memperkenalkan hukuman mati terhadap perogol kanak-kanak.

Mengikut kertas pertuduhan, kanak-kanak itu diculik ketika keluar bersama kudanya dan dibawa ke sebuah kampung di daerah Kathua, sebuah wilayah utara India pada 10 Januari tahun lepas.

Dalam masa lima hari, kanak-kanak itu dipukul dan ditahan di sebuah kuil Hindu selain diperkosa berkali-kali sebelum dicekik sehingga mati.

Siasatan mengatakan kanak-kanak itu disasarkan dengan tujuan menakut-nakutkan komuniti nomadnya dan mengusir mereka dari kawasan itu.

Peguam Mubeen Farooqui berkata, enam lelaki berkenaan dijatuhi hukuman mati dengan sekurang-kurangnya menjalani hukuman penjara seumur hidup.

“Seorang lelaki suspek ketujuh dibebaskan manakala seorang lagi yang mendakwa bawah umur berdepan perbicaraan berasingan.

“Kami akan merayu terhadap sabitan di mahkamah yang lebih tinggi,” kata peguam H.S Pathania.

Antara tiga yang disabitkan dengan kesalahan merohol dan membunuh ialah ketua kampung Sanjhi Ram dan pegawai polis khas Deepak Khajuria.

Tiga yang lain didapati bersalah kerana menerima rasuah dan memusnahkan bukti tetapi berdepan hukuman penjara seumur hidup. – AFP, 10 Jun, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen