4 lagi maut di Sudan


Empat orang terbunuh dalam tindakan keras pasukan keselamatan di Sudan semalam, seminggu selepas berpuluh orang mati dalam tunjuk perasaan menuntut pemerintahan awam di negara itu. – Gambar AFP, 10 Jun, 2019.

EMPAT orang terbunuh dalam tindakan keras pasukan keselamatan di Sudan semalam, seminggu selepas berpuluh orang mati dalam tunjuk perasaan menuntut pemerintahan awam di negara itu.

Kejadian berlaku hampir dua bulan sejak bekas presiden Omar al-Bashir digulingkan 11 April lalu, selepas rundingan antara pemimpin tunjuk perasaan dan tentera sama ada orang awam atau tentera harus mentadbir kerajaan baharu, menemui kegagalan.

Penunjuk perasaan membina sekatan di jalan-jalan raya di Kahrtoum, manakala pasar dan bangunan kedai di bandar lain ditutup.

Sebuah jawatankuasa doktor yang dikaitkan dengan dengan tunjuk perasaan berkata dua orang terbunuh dalam pertempuran di Kahrtpum, manakala dua lagi terbunuh di bandar Omdurman, dekat Sungai Nil.

Jawatankuasa Pusat Doktor Sudan menyalahkan pasukan keselamatan yang menyokong majlis pentadbiran tentera atas kematian terbaharu itu

Menurut jawatankuasa itu, angka kematian kini meningkat kepada 118 orang sejak tentera menjalankan tindakan keras untuk surai penunjuk perasaan pada 3 Jun. – AFP, 10 Jun, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen