Layanan buruk terhadap pasukan bola sepak Turki, tindakan Iceland dikritik


Pegawai Turki dengan tegas mengkritik tindakan Iceland hari ini di atas layanan “tidak menghormati” pasukan bola sepaknya di Lapangan Terbang Reykjavik dengan membiarkan mereka menunggu beberapa jam. – Gambar EPA, 10 Jun, 2019.

PEGAWAI Turki dengan tegas mengkritik tindakan Iceland hari ini di atas layanan “tidak menghormati” pasukan bola sepaknya di Lapangan Terbang Reykjavik.

Pasukan itu dibiarkan menunggu beberapa jam di kawalan passport pada malam Ahad, menurut media Turki.

Jurucakap presiden Ibrahim Kalin meluahkan rasa marahnya di Twitter dengan menyelar sikap Iceland yang “tidak menghormati” pasukan kebangsaan dengan menyatakan ia “ia tidak dapat diterima”.

“Negeri kita dan rakyat kita bersama pasukan kebangsaan yang akan memberi respons terbaik di lapangan,” katanya.

Pengarah komunikasi Fahrettin Altin juga berkata, layanan diberikan tidak selaras dengan kelakuan diplomatik.

Kementerian Luar mengeluarkan nota protes diplomatik terhadap Iceland melalui Kedutaan Norway, lapor penyiar swasta NTV.

Tidak ada penjelasan segera untuk penangguhan kawalan pasport.

“Kami menunggu selama tiga jam. Mereka ambil beg semua orang,” kata pemain tengah Turki Emre Belozoglu.

Insiden berlaku selepas Turki mengalahkan juara dunia Perancis 2-0 dalam perlawanan kelayakan Euro 2020 pada Sabtu lalu.

Pengurus baharu Turki Senol Gunes telah memenangi ketiga-tiga perlawanan persaingan sejak mengambil alih jawatan tahun ini dan pasukannya melebihi tiga mata dari Perancis di bahagian atas Kumpulan H.

Mereka akan bermain di Iceland pada Selasa ini. – AFP, 10 Jun, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen