KAPAL tempur Amfibia AS, USS Boxer, dan pengangkut pesawat Perancis, Charles de Gaulle, baru-baru ini mengadakan latihan bersama ketika belayar menerusi Teluk Benggala, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan Tentera Laut AS pada Ahad.
Pemusnah anti-kapal selam Perancis Latouche Treville, frigat anti-kapal selam Provence dan kapal tangki pengisian semula Marne menyertai latihan pada Jumaat, yang membabitkan pembentukan pelayaran, gabungan operasi penerbangan dan pemindahan kakitangan, menurut kenyataan itu.
“Anak kapal dan tentera laut dapat banyak faedah dengan kerjasama dari teman Perancis kami,” kata Kapten Brad Arthur, laksamana pertama Kumpulan Siap Siaga Amfibia USS Boxer.
Kumpulan Siap Siaga Amfibia Boxer dikerah ke kawasan operasi Armada ke-7 AS manakala bagi kumpulan pengangkut pesawat perang Tentera Laut Perancis, ini adalah kali pertama ia dihantar ke rantau Indo-Pasifik sejak tahun 2002. – Bernama, 10 Jun, 2019.
Komen