Syarikat penyiaran Australia timbang ambil tindakan selepas diserbu polis


Ibu pejabat Australian Broadcasting Corp (ABC) di Sydney diserbu polis pada Rabu lalu. – Gambar EPA, 10 Jun, 2019.

SYARIKAT penyiaran Australia, Australian Broadcasting Corp (ABC) sedang menimbang untuk mengambil tindakan undang-undang bagi mendapatkan semula dokumen yang dirampas dalam serbuan polis, kata pengerusinya, hari ini.

Ibu pejabat ABC di Sydney diserbu polis pada Rabu lalu.

Serbuan menyasarkan eksekutif dan wartawan yang terlibat dalam laporan siasatan dua tahun lalu di mana ABC memperoleh dokumen mengenai pasukan khas Australia membunuh kanak-kanak dan orang yang tidak bersalah di Afghanistan.

Pengerusi ABC, Ita Buttrose berkata syarikatnya telah mendapatkan nasihat dari peguam tetapi masih belum meberi sebarang ulasan lanjut.

“Pada ketika ini, kami sedang menilai dakwaan untuk melihat apakah tindakan yang boleh diambil dan kami ingin pastikan kami berada di kedudukan yang betul untuk mempertahankan diri serta wartawan kami,” kata Buttrose di radio ABC.

Akhbar Australi hari ini melaporkan syarikat penyiar itu mengekalkan khidmat peguam mereka, Matthew Collins.

Sebanyak 100 dokumen dan dua USB dirampas polis ketika serbuan, kata ketua penyiasat, John Lyons.

ABC mempunyai dua minggu untuk memohon waran atau meminta supaya dokumen dikembalikan. Sekiranya tiada rayuan atau rayuan gagal, pihak boleh boleh menggunakan dokumen tersebut, kata Lyons.

Buttrose berkata beliau akan bertemu Perdana Menteri Scott Morrison minggu ini untuk membincangkan mengenai serbuan itu. Minggu lepas Buttrose berkata serbuan itu “sangat jelas untuk menakut-nakutkan” mereka. – AFP, 10 Jun, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen