BOTSWANA mungkin bakal menyahsenarai homoseksual daripada senarai jenayah di negara itu pada hari Selasa ketika mahkamah tinggi membuat keputusan mengenainya selepas Kenya baru-baru ini mengekalkan undang-undang anti homoseksual.
Aktiviti homoseksual ketika ini masih dilarang di Botswana - salah sebuah negara Afrika yang paling stabil dan demokratik - di bawah kod penal 1965.
Pemohon yang tidak dinamakan mencabar dua seksyen kod yang mengancam pesalah dengan hukuman penjara sehingga tujuh tahun.
Bulan lalu, mahkamah tinggi Kenya enggan memansuhkan undang-undang yang membenarkan aktiviti homoseksual.
Keputusan itu dikritik hebat komuniti gay Kenya yang kemudian merebak di seluruh benua yang mempunyai sejarah homofobia yang telah lama berakar di rantau tersebut.
Organisasi hak gay berharap Kenya akan mengikuti jejak langkah negara-negara Afrika seperti Angola, atau India, yang memansuhkan undang-undang yang menjejaskan aktiviti seksual golongan gay.
“Selepas usaha para aktivis untuk menyahsenarai jenayah hubungan sesama jenis melalui Mahkamah Tinggi Kenya bertemu kekalahan pahit bulan lalu, semua mata kini tertumpu di Botswana,” kata Neela Ghoshal, pakar dalam undang-undang lesbian, gay, biseksual dan transgender di sebuah badan pemantau hak asasi manusia.
“Satu keputusan positif akan beri harapan kepada pergerakan hak LGBT Afrika yang masih terbelenggu tetapi tetap bertahan.
“Ia juga akan menunjukkan bahawa Botswana mengambil serius komitmennya untuk kesaksamaan dan tiada diskriminasi,” jelas Neela lagi.
Dua puluh lapan daripada 49 negara di sub-Sahara Afrika mempunyai undang-undang yang menghukum hubungan sama jantina. – AFP, 10 Jun, 2019.
Komen