Pokok simbol persahabatan Trump-Macron mati


Donald Trump dan rakan sejawatnya dari Perancis, Emmanuel Macron menanam pokok oak di taman White House bagi melambangkan persahabatan yang ditunjukkan kedua-dua pemimpin itu pada 2018. Pokok itu kini mati. – Gambar fail AFP, 10 Jun, 2019.

FOTO Donald Trump dan rakan sejawatnya dari Perancis, Emmanuel Macron menanam pokok oak di taman White House melambangkan persahabatan yang ditunjukkan kedua-dua pemimpin itu.

Tetapi hubungan mereka mula pudar – berhubung pelbagai isu, daripada Iran hingga ke dagangan – dan pokok itu, menurut sumber diplomatik tidak dapat bertahan.

Presiden Perancis itu menawarkan anak pokok oak itu kepada Trump dalam satu program ketika kunjungannya ke Washington pada 2018, dan kedua-duanya mengorek tanah sambil diperhatikan isteri masing-masing – dan kamera dari seluruh dunia.

Ia satu tindakan simbolik: pokok itu dari hutan utara Perancis di mana 2,000 askar US meninggal dunia ketika Perang Dunia Pertama.

Tetapi beberapa hari lalu, pokok itu tidak lagi kelihatan, hilang untuk dikuarantin.

“Ia kuarantin yang mandatori bagi setiap organisma hidup yang diimport ke AS,” kata Gerard Araud, bekas duta Perancis ke AS, di Twitter, menambah ia akan ditanam semula kemudian.

Tetapi pokok itu tidak pernah ditanam semula: ia mati dalam kuarantin, kata sumber diplomatik. – AFP, 10 Jun, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen