Trump dikecam asyik ugut Mexico


Presiden Donald Trump dikecam kerana mengenakan tarif tinggi terhadap barangan import dari Mexico. – Gambar EPA, 10 Jun, 2019.

DEMOKRAT semalam mengecam taktik Donald Trump yang mengugut mengenakan tarif punitif untuk menarik konsesi berhubung imigresen dari Mexico, berkata tindakan presiden AS itu menjejaskan hubungan dengan sekutu utama dan rakan dagangan.

“Dunia dan saya sudah bosan dengan presiden yang asyik hendak berperang, perang lisan, dengan sekutu kami,” kata Senator Bernie Sanders, wakil rakyat bebas yang berpihak pada Demokrat.

“Kita perlu hubungan yang baik dengan Mexico. Kita tidak sepatutnya menyerang mereka setiap hari.”

Dua hari lalu, AS dan Mexico, susulan rundingan tergempar di Washington, mencapai persetujuan untuk mengelak tarif 5% yang diugut oleh Trump untuk dikenakan terhadap semua barangan import dari Mexico.

Pakar ekonomi berkata langkah itu akan menjejaskan kedua-dua negara.

Mexico dalam rundingan itu bersetuju meningkatkan keselamatan di sempadan selatannya dan dasarnya terhadap pendatang haram dari Amerika Tengah, ketika AS memproses tuntutan suaka mereka. – AFP, 10 Jun, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen