Penyelesaian 2 negara boleh tamat konflik Israel-Palestin


Heiko dan Safadi mengadakan pertemuan sehari selepas Duta AS ke Israel David Friedman berkata bahawa Israel berhak untuk memisahkan kawasan jajahannya dari Tebing Barat. – Gambar EPA, 9 Jun, 2019.

JERMAN mengulangi pendirian bahawa konflik Palestin-Israel hanya boleh diselesaikan dengan penyelesaian dua negara, kata menteri luarnya, Heiko Maas.

“Kita masih dalam perjanjian untuk mencapai penyelesaian dua negara menerusi satu-satunya jalan iaitu rundingan,” kata Heiko pada sidang media bersama rakan sejawatnya dari Jordan.

Washington membangkitkan aspek ekonomi dalam pelan rundingan pada satu persidangan di Bahrain tetapi butiran tentang perkara itu masih belum didedahkan.

Palestin sudah menolak perjanjian itu dengan menyifatkan langkah Presiden AS Donald Trump sebagai berat sebelah.

“Kami dan Jerman bersetuju penyelesaian dua negara satu-satunya jalan untuk menamatkan konflik,” kata Menteri Luar Jordan Ayman Safadi.

Heiko dan Safadi mengadakan pertemuan sehari selepas Duta AS ke Israel David Friedman berkata bahawa Israel berhak untuk memisahkan kawasan jajahannya dari Tebing Barat.

Bagaimanapun kenyataan David itu dikecam pemimpin Palestin yang menyifatkannya sebagai pelampau.

Beberapa resolusi PBB telah menetapkan penyelesaian dua negara, yang membayangkan penubuhan negara Yahudi dan Palestin secara berasingan, sebagai jalan menuju penyelesaian damai.

Kedua-dua menteri itu juga menekankan kepentingan agensi pelarian PBB untuk menjaga kebajikan pelarian Palestin selepas AS mahu memotong sumbangan AS$300 juta setahun kepada agensi itu.

Jordan menempatkan hampir 2.2 juta pelarian Palestin. – AFP,  9 Jun, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen