TIADA satu pun tawaran Pakatan Harapan kepada penduduk Sarawak yang konkrit dari segi apa boleh dilakukan untuk mereka, dan berharap retorik ini cukup untuk menipu mereka, kata setiausaha politik Pejabat Ketua Menteri, Michael Tiang hari ini.
Tiang berkata meskipun peranan mereka sendiri sebagai penyelamat negara, pakatan pembangkang tidak menekankan “kebimbangan sebenar” untuk Sarawak.
“Tiada butiran untuk apa yang mereka boleh lakukan kepada rakyat Sarawak, tapi hanya retorik di atas pentas untuk menabur fitnah. Saya percaya rakyat Sarawak sudah penat membiarkan orang lain menentukan apa yang layak mereka dapat,” katanya.
“Walaupun pemimpin PH mendakwa mereka sedang ‘menyelamatkan Malaysia’ dan rakyat Sarawak perlu meneruskan gerakan itu, pemimpin pembangkan ini sekali lagi gagal menunjukkan kepentingan kedudukan hak dan perlembagaan Sarawak di bawah MA63 (Perjanjian Malaysia 1963) dan Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (Laporan IGC),” kata Tiang dalam satu kenyataan hari ini.
Tiang megulas mengenai ceramah PH “Perjanjian Baharu, Harapan Baharu” di Kuching malam semalam. Ceramah itu menampilkan Ketua DAP Lim Kit Siang dan Pengerusi PH Dr Mahathir Mohamad.
Dr Mahathir berkata sekiranya PH menang, Perjanjian Malaysia 1963 akan dikaji semula dan rundingan semula akan dilakukan untuk kedua-dua negeri Borneo itu.
“Dakwaan PH untuk selamatkan Malaysia tiada satu pun tentang selamatkan Sarawak,” kata Tiang yang juga ahli jawatankuasa kerja pusat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), sebuah parti komponen Barisan Nasional masyarakat Cina tempatan.
“Sebaliknya, mereka hanya mahukan undi untuk menyelamatkan Tun Dr Mahathir dan Lim Kit Siang,” tambahnya.
“Mereka lupa ada banyak bank Sarawak yang terpaksa bergabung dengan bank-bank Semenanjung di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir,” katanya, sambil menambah bahawa “dasar yang tidak berfaedah” itu menyebabkan pertumbuhan pembiaya tempatan merosot.”
Tiang berkata manifesto PH baru menggunakan “kata-kata generik” bahawa para pemimpin berharap “ia cukup baik untuk meyakinkan rakyat Sarawak bahawa kita layak mendapatnya”.
Tiang berkata kerajaan negeri Sarawak yang diketuai Ketua Menteri Abang Johari Tun Openg bekerja “tanpa henti” dengan rakan sejawatannya berhubung dengan pembebasan kuasa serta penubuhan firma minyak negeri Petros dan Bank Pembangunan Sarawak (DBOS).
Tiang juga memberitahu Lim agar tidak campur tangan dengan urusan pentadbiran negeri berikutan kenyataan bahawa pentadbiran negeri Sarawak menyalahgunakan kuasa imigresen dengan menghalang pimpinan PKR daripada memasuki negeri itu.
“Sekiranya Lim Kit Siang masih tidak dapat menerima fakta bahawa Sarawak memiliki dan mengawal kuasa imigresen sejak 1963, bagaimana dia nak bawakan ‘Perjanjian Baharu, Harapan Baharu’?”
Pada Sabtu, pegawai imigresen menghentikan ucapan Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Sepetang Chua Yee Ling pada majlis kutipan dana parti itu di Miri dan menghantarnya pulang dengan penerbangan terakhir.
Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamruddin dan Ahli Parlimen Petaing Jaya Selatan Hee Loy Sian juga dihalang memasuki negeri itu di lapangan terbang di Miri, menyebabkan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar membatalkan rancangannya untuk ke Sarawak pada hari yang sama.
Ahli Parlimen pembangkang mengutuk sekatan itu dan berkata Akta Imigresen membenarkan aktiviti politik yang sah dijalankan di negeri itu.
Sarawak memiliki autonomi dalam imigresen. – 25 September, 2017.
Komen