PRESIDEN Albania Ilir Meta semalam membatalkan pilihan raya tempatan yang dijadualkan berlangsung pada 30 Jun akan datang.
Keputusan itu ditolak oleh Perdana Menteri Edi Rama yang mengatakan bahawa pemilihan akan terus berlangsung.
Pengumuman itu menyebabkan Meta dan Rama bertelingkah dalam krisis politik yang menyebabkan berlaku protes mingguan yang menuntut pengunduran diri Rama.
“Keadaan semasa tidak membenarkan pilihan raya yang adil dan demokratik berlaku serta menjejaskan kemungkinan rundingan pertandingan dibuka dengan EU,” kata Meta dalam satu kenyataan.
Rama berkata, pilihan raya akan diadakan pada 30 Jun dan majoriti sosialis bertekad untuk meneruskan pembaharuan keadilan untuk masa depan Albania.
Pada Februari, ahli politik pembangkang keluar dari Parlimen dalam protes menuntut peletakan jawatan Rama yang telah memimpin negara itu sejak 2013.
Mereka mahukan kerajaan peralihan dan pilihan raya awal serta menolak untuk berunding dengan Rama yang dituduh melakukan jenayah dan korupsi. – AFP, 9 Jun, 2019.
Komen