Sempadan Venezuela, Colombia akan dibuka semula, kata Maduro 


Presiden Venezuela Nicolas Maduro sebelum ini mengarahkan penutupan sempadan dengan Brazil dan Colombia, serta hubungan laut dan udara dengan Antilles Belanda di Caribbean.– Gambar EPA, 8 Jun, 2019

PRESIDEN Venezuela Nicolas Maduro pada Jumaat mengarahkan pintu sempadan dengan Colombia di barat negeri Tachira, dibuka semula.

Negara Amerika Selatan yang berdepan masalah kekurangan bekalan makanan, perubatan dan keperluan lain disebabkan perebutan kuasa antara Maduro dan pemimpin pembangkang Juan Guaido, yang diiktiraf sebagai presiden sementara oleh lebih 500 negara termasuk Amerika Syarikat.

Mengumumkan pembukaan semula itu di Twitter, Maduro berkata: “Kita adalah orang sukakan kedamaian mempertahankan kebebasan.”

Pemimpin itu bagaimanapun tidak menyatakan sama ada jambatan sempadan yang ditutup sejak Ogos 2015 selepas dua tentera Venezuela cedera 
berikutan serangan penyeludup, akan dibuka.

Pada Februari lalu, Maduro mengarahkan penutupan sempadan dengan Brazil dan Colombia, serta hubungan laut dan udara dengan Antilles Belanda di Caribbean.

Guaido mahu membawa masuk bekalan makanan dan ubatan ke negara ini, tetapi tentera yang disokong Maduro menyekat jambatan sempadan dan menghalang kemasukan kargo.

Maduro berkata Venezuela merupakan mangsa “perang ekonomi” oleh Amerika Syarikat dan percaya bantuan itu hanyalah bagi mengaburi mata dalam persediaan untuk membuat “pencerobohan asing”. – AFP, 8 Jun, 2019


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen