Pasukan keselamatan Sudan tahan pemimpin pembangkang 


Penunjuk perasaan bertindak mengadakan bantahan di ibu negara Sudan sejak Disember tahun lalu.– Gambar EPA, 8 Jun, 2019

PASUKAN keselamatan Sudan menahan dua pemimpin pemberontak dan pembangkang, sehari selepas mereka mengadakan peremuan dengan perdana menteri Mesir ketika misi perdamaian ke Khartoum, kata pembantu mereka. 

Perdana Menteri Abiy Ahmed yang merupakan pemimpin serantau utama, bertemu dengan wakil kedua-dua pihak pada Jumaat sebagai cubaan untuk mengadakan rundingan damai antara pemimpin pemerintah Sudan dan pemimpin pembangkang selepas tindakan ganas yang menyebabkan kematian di ibu negara itu minggu lalu. 

Antara wakil gerakan yang ditemui adalah ahli politik pembangkang Mohamad Esmat dan pemimpin pemberontak Gerakan Pembebasan Rakyat Sudan Utara (SPLM-N), Ismail Jalab.

Pasukan keselamatan Sudan kemudian bertindak menahan kedua-dua mereka tanpa sebarang alasan, kata pembantu mereka kepada AFP.

Esmat ditahan pada Jumaat sejurus selepas mengadakan pertemuan dengan Ebiy.

Manakala Esmat ditahan di kediamannya pada awal Sabtu lalu.

“Sekumpulan lelaki bersenjata menaiki sebuah kenderaan bertindak menahan dan membawa Ismail Jalab pergi pada pukul 3 pagi (waktu tempatan)...tanpa memberikan sebarang sebab,” kata pembantu Jalab, Rashid Anwar kepada AFP dan menambah, jurucakap SPLM-N Mubarak Ardol turut ditahan.

“Kami tidak tahu dimana mereka ditahan,” tambahnya.

Esmat dan Jalab merupakan ahli Sekutu Pembebasan dan Pembaharuan, yang menyatukan parti pembangkang dan kumpulan pemberontak dengan penganjur bantahan besar-besaran yang mencengkam Sudan sejak Disember tahun lalu. – AFP, 8 Jun, 2019


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen