Filipina tolak gesaan siasatan majlis hak asasi manusia PBB 


Presiden Rodrigo Duterte mengadakan operasi besar-besaran ke atas kesalahan narkotik selepas memenangi jawatan presiden negara itu. – Gambar EPA, 8 Jun, 2019

FILIPINA pada Sabtu menolak gesaan siasatan bebas Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu ke atas Manila berhubung dakwaan pelanggaran hak asasi manusia, menyifatkannya sebagai campur tangan dalam hal ehwal negara Asia. 

Pakar hak asasi PBB meminta Majlis Hak Asasi Manusia PBB menyiasat “angka kematian menyalahi undang-undang yang mengejutkan serta pembunuhan polis dalam konteks perang ke atas dadah, dan pembunuhan ke atas aktivis yang mempertahankan hak asasi manusia. 

Presiden Rodrigo Duterte telah mengadakan tindakan keras terhadap pesalah narkotik yang mana polis telah membunuh lebih daripada 5,300 disyaki pengedar dan penagih dadah sejak beliau dipilih memegang jawatan itu tiga tahun lalu. 

Kumpulan hak asasi berkata jumlah sebenar kematian ialah sekurang-kurangnya tiga kali ganda lebih tinggi. 

“Gesaan terbaharu oleh 11 pelapor khas dari PBB untuk siasatan antarabangsa ke atas Filipina bukan sahaja mencabar intelektual, tetapi juga campur tangan terhadap kedaulatan Filipina,” kata jurucakap Duterte, Salvador Panelo dalam satu kenyataan. 

Beliau menuduh pakar PBB “mengada-adakan fakta salah dan berat sebelah, ditambah dengan pencabulan yang berniat jahat terhadap pihak berkuasa.” – AFP, 8 Jun, 2019


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen