Pertikaian AS-China beri kesan negatif pada ekonomi dunia, kata PM Australia


Perdana Menteri Australia Scott Morrison yang sedang dalam lawatan ke Singapura turut menggesa kedua-dua negara menyelesaikan pertikaian antara mereka. – Gambar AFP, 7 Jun, 2019.

PERANG perdagangan dan teknologi antara Amerika Syarikat (AS) dengan China memberi kesan negatif ke atas ekonomi dunia, kata Perdana Menteri Australia Scott Morrison, hari ini.

Morrison turut menggesa kedua-dua negara menyelesaikan pertikaian antara mereka.

Bercakap pada majlis makan tengah hari semasa mengadakan lawatan di Singapura, beliau menggesa AS dan China melanjutkan usahasama antara satu sama lain.

Pertikaian perdagangan antara dua ekonomi besar dunia itu berlanjutan selama berbulan dan diteruskan dengan Presiden AS Donald Trump menyenaraihitamkan syarikat teknologi gergasi China, Huawei atas alasan keselamatan negara.

“Ini merupaka satu pengaruh sangat negatif terhadap prestasi eknomi dunia… Mengecewakan, kerana banyak asas ekonomi dunia telah kukuh,” kata Morrison.

Tambah beliau, AS dan China perlu menyelesaikan pertikaian mereka dan pada masa yang sama semua negara mengekalkan momentum perdagangan bebas.

Beliau memetik Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), iaitu perjanjian perdagangan bebas yang disepakati 11 negara walaupun selepas AS menarik diri. – AFP, 7 Jun, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen