SEORANG lelaki Tunisia dan isterinya, seorang warga Jerman dibicarakan hari ini atas tuduhan merancang serangan bom biologi di Jerman.
Sief Allah H., 30, dan Yasmin, 43, ditahan tahun lalu kerana merancang serangan bom menggunakan racun risin. Pasukan anti pengganas menemui 84 miligram racun itu di kediaman mereka di Cologne.
Ketua Pejabat Jenayah Persekutuan (BKA)ketika itu, Holger Muench berkata penahanan pasangan itu berjaya mengelakkan kejadian serangan biologi pertama di Jerman.
Pendakwa raya persekutuan berkata mereka merancang untuk meletupkan bahan tersebut dengan sasaran untuk membunuh dan mencederakan ramai orang.
Pasangan itu didakwa mengkaji pelbagai jenis bahan peledak sebelum memilih untuk menggunakan risin.
Menurut pendakwa raya lagi, mereka membeli 3,300 bekas bijirin menerus Internet dan berjaya menghasilkan risin, sejenis racun yang 6,000 kali lebih kuat daripada sianida yang membunuh jika bahan itu ditelan dihidu atau disuntik.
Penyiasat turut menemui 250 bola logam, dua botol penanggal gilap kuku serta beberapa wayar yang dipateri pada mentol lampu.
Sief Allah H. dan Yasmin ditahan selepas Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat (CIA) menyedari pembelian atas talian itu.
Akhbar Der Spiegel melaporkan pasangan tersebut berkenalan melalui dalam talian pada 2014.
Sief Allah H. yang pernah menjadi buruh di Tunisia, berkahwin dengan Yasmin, seorang bekas pembantu doktor yang mempunyai tujuh anak.
Sief Allah H, berhubung dengan kumpulan radikal Islam dan pernah dua kali mencuba ke Syria menerusi Turki pada 2017. – AFP, 7 Jun, 2019.
Komen