Ahli Parlimen Wangsa Maju sokong petisyen tuntut Latheefa letak jawatan


Bede Hong

SATU petisyen mula digerakkan dalam talian bagi menuntut Latheefa Koya meletak jawatan sebagai ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegaha Rasuah Malaysia (SPRM).

Petisyen dipromosi Ahli Parlimen Wangsa Maju Dr Tan Yew Kew itu mendakwa pelantikan Latheefa itu sebagai lantikan politik dan bertentangan dengan prinsip Pakatan Harapan (PH).

Ia meraih sokongan lebih 1,000 penandatangan sejak dimulakan semalam di laman change.org bagi membantah pelantikan Latheefa yang berkuatkuasa 1 Jun.

“Prinsip (PH) untuk mereformasikan SPRM sebagai sebuah badan bebas dari lantikan politik telah dicemari,” menurut petisyen itu.

Latheefa, seorang peguam hak asasi terkenal, turut meletak jawatan dari PKR pada Isnin.

Menurut Tan, proses pelantikan Latheefa cacat dan bertentangan dengan kempen PH untuk mengurangkan kuasa perdana menteri untuk melantik individu penting.

“Prosesnya tidak betul. Sebagai ahli politik yang bertanggungjawab, bertahun-tahun bekerja keras untuk Malaysia baru, saya rasa beliau patut letak jawatan untuk mempertahankan konsep Malaysia baru,” kata Tan, yang turut menyertakan pautan petisyen di akaun Facebooknya.

“Kita mesti junjung prinsip yang selama ini kita perjuangkan. Ini tiada kena mengena dengan kebolehan dan integriti beliau. Kita telah bincangkan untuk mengurangkan kuasa PM dalam lantikan penting ini.”

Tan, bekas bendahari PKR, menafikan pendiriannya itu didorong oleh perbezaan kem dalam parti. – 7 Jun, 2019.

Berita penuh di sini.      


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen