Nigeria gantung lesen stesen radio,tv swasta milik ahli politik pembangkang


African Independent Television (AIT) dan RayPower FM adalah milik ahli perniagaan Raymond Dokpesi yang juga ahli parti pembangkang, Peoples Democratic Party. – Gambar AFP, 7 Jun, 2019.

PIHAK berkuasa penyiaran Nigeria semalam mengumumkan penutupan sebuah stesen radio dan televisyen milik ahli politik pembangkang.

Suruhanjaya Penyiaran Kebangsaan (NBC) berkata lesen African Independent Television (AIT) dan RayPower FM milik Daar Communications Plc telah digantung kerana melanggar peraturan penyiaran.

NBC dalam satu kenyataan berkata kedua-dua stesen tersebut dipanggil berkenaan isu penyiaran berita yang didakwa berat sebelah dan kegagalan melunaskan hutang kepada pihak berkuasa. 

Menurut NBC, keputusan untuk menggantung lesen AIT dan RayPower FM yang dikeluarkan semalam adalah kerana “kegagalan mematuhi arahan suruhanjaya dan undang-undang”.

“Arahan tutup sehingga notis seterusnya,” tambah kenyataan itu lagi.

AIT dan RayPower FM adalah milik ahli perniagaan Raymond Dokpesi yang juga ahli parti pembangkang, Peoples Democratic Party. – AFP, 7 Jun, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen