PEGUAM Negara Israel menolak permohonan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu untuk menangguhkan pendengaran mahkamah berhubung dakwaan rasuah terhadapnya, lapor media.
Pejabat pendakwa raya berkata, Netanyahu memohon “penangguhan pendengaran kerana pembubaran Knesset dan pilihan raya pada 17 September kepada tarikh selepas pengundian, lapor portal berita Ynet.
Selepas mempertimbangkan perkara itu, pejabat pendakwa berkata “tiada permintaan dibenarkan bagi mengubah tarikh yang ditetapkan untuk pendengaran”, tambahnya.
Netanyahu berkemungkinan akan berdepan dakwaan kerana rasuah, penipuan dan pecah amanah dalam beberapa bulan akan datang dan dialporkan sedang cuba mendapatan imuniti daripada undang-undang parlimen baharu.
Bulan lalu, Peguam Negara Avichai Mandelblit menetapkan pada Oktober untuk Netanyahu memberi maklum balas terhadap dakwaan ke atasnya.
Pejabat pendakwa raya menegaskan pendengaran yang dijadualkan pada 2 dan 3 Oktober tidak akan ditangguhkan walaupun sehari.
“Pilihan raya baru ini merupakan keadaan luar biasa yang perlu diberi perhatian luar biasa,” kata Netanyahu.
Netanyahu menggesa pilihan raya baharu akhir bulan lalu selepas gagal membentuk gabungan.
Israel akan menghadpi pilihan raya pada September, iaitu lima bulan selepas pilihan raya pada April yang menyaksikan Netanyahu dan sayap kanan dan sekutu agamanya menang dengan majoriti.
Netanyahu juga dijangka akan menjadi perdana menteri Israel yang paling lama berkhidmat. – AFP, 7 Jun, 2019
Komen