Lelaki ke-2 terkaya India bersara dunia perniagaan


Premji akan bersara sebagai pengerusi eksekutif pada 30 Julai, digantikan oleh anaknya, Rishad Premji. – Gambar AFP, 6 Jun, 2019.

LELAKI kedua terkaya India, Azim Premji hari ini mengumumkan persaraannya sebagai pengerusi Wipro, sebuah syarikat kecil pemproses makanan yang diubah menjadi firma teknologi maklumat bertaraf global.

Lelaki berusia 73 itu mengetuai Wipro pada lewat 1960-an, menjadikan syarikat itu sebagai syarikat gergasi dalam dunia teknologi maklumat dengan menyediakan perkhidmatan rundingan dan perniagaan di lebih 50 buah negara.

Syarikat itu menjana pendapatan kira-kira AS$8.5 bilion.

Premji akan bersara sebagai pengerusi eksekutif pada 30 Julai, digantikan oleh anaknya, Rishad Premji, tetapi beliau akan kekal dalam lembaga pengarah sebagai pengarah bukan eksekutif dan pengerusi pengasas.

Sektor teknologi maklumat di India dianggarkan bernilai AS$150 bilion dan merupakan antara industri utama di negara itu kerana kelebihan pekerjanya yang mampu berbahasa Inggeris. – AFP, 6 Jun, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen