TAIWAN membangkitkan kemarahan China apabila mengesahkan hasrat untuk membeli senjata daripada Amerika Syarikat (AS).
Kementerian Pertahanan Taiwan secara rasmi meminta pembelian 108 buah kereta kebal utama M1A2 Abram, lebih 1,500 peluru berpandu antikereta kebal Javelin dan 250 pelancar misil antipesawat Stinger.
Kementerian itu berkata permintaan itu sebagai satu perkara normal.
Kerajaan AS sudah memaklumkan Kongres berhubung penjualan peralatan tentera dalam perjanjian berjumlah AS$2 bilion, lapor Bloomberg.
Bagaimanapun Beijing menyuarakan kebimbangan serius terhadap penjualan senjata itu.
Taiwan diperintah secara berasingan sejak berakhirnya perang saudara pada 1949, tetapi China masih menganggap negara pulau itu sebagai sebahagian wilayahnya.
Beijing juga sedia menggunakan kekerasan jika perlu mengambil semula wilayah tersebut. – AFP, 6 Jun, 2019.
Komen