Jururawat Jerman bunuh 85 pesakit dipenjara seumur hidup


SEORANG jururawat Jerman yang dipercayai menjadi pembunuh bersiri paling digeruni di negara itu, dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana membunuh 85 pesakit di bawah jagaannya.

Hakim Sebastian Buehrmann menggelar pembunuhan yang dilakukan Niels Hoegel sebagai ‘sukar difahami’.

Lelaki berusia 42 tahun itu membunuh pesakitnya yang dipilih secara rawak dengan menggunakan suntikan maut antara tahun 2000 dan 2005.

Hoegel sudah menghabiskan masa selama 10 tahun di penjara atas hukuman penjara seumur hidup kerana terlibat dalam enam lagi kes pembunuhan.

Lebih 130 bedah siasatan dilakukan ke atas 130 mayat dalam kes tersebut untuk memastikan Hoegel benar-benar bersalah.

Polis mengesyaki jumlah mangsa yang dibunuh Hoegel melebih 200 orang.

Namun mahkamah tidak dapat mengesahkan jumlah tersebut kerana kebanyakan mangsa sudah dikebumikan sebelum bedah siasat sempat dilakukan.

Perbuatan Hoegel diketahui pada 200t ketika dia menyuntik ubat tidak mengikut kiraan kepada seorang pesakit di Delmenhorst dan dia dipenjarakan pada 2008 selama tujuh tahun kerana cuba membunuh.

Perbicaraan kali kedua diadakan pada 2014-2015 susulan tekanan daripada keluarga mangsa.

Dia didapati bersalah kerana membunuh dan cuba membunuh lima mangsa lain dan diberikan hukuman penjara maksimum selama 15 tahun atau digelar hukuman seumur hidup di Jerman. – AFP, 6 Jun, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen