MALAYSIA perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk menghantar pulang bahan buangan radioaktif dari kilang pemprosesan nadir bumi Lynas Corp di Gebeng, Kuanta walaupun berdepan bantahan daripada Australia, kata Fuziah Salleh.
“Pengajaran yang perlu diambil adalah Australia telah mengubah Malaysia atas nama pelaburan.
“Sekiranya situasi itu timbul dengan tiada penyelesaian untuk isu pembuangan sisa pada ketika ini dan sisa penulenan air larut lesap (WLP) yang terhasil, maka negara kita tidak akan mempunyai pilihan selain tidak memperbaharui lesen operasi,” kata Ahli Parlimen Kuantan itu.
Fuziah mengulas Laporan Kewangan Australia yang mengatakan Menteri Mines dan Petroleum Australia Australia Bill Johnston tidak akan menerima sisa sampah daripada kilang Lynas di Kuantan.
Johnston menyatakan pendiriannya itu menjelang pertemuan beliau dan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin di Perth pada 20 Jun ini.
Yeo dijangka akan menekan Australi agar mengambil semula bahan buangan yang dilombong di Australia Barat.
Mengikut undang-undang Australia, kedua-dua menteri persekutuan dan menteri negeri mempunyai kuasa untuk meluluskan permit menghantar pulang bahan buangan itu ke negara tersebut.
Yeo mahu membangkitkan isu itu kepada Australia selepas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini mengumumkan bahawa Putrajaya akan memperbaharui lesen operasi Lynas yang tamat tempoh pada September kerana ia melibatkan pelaburan yang besar.
Yeo menegaskan Lynas perlu mengeluarkan dan menghantar pulang bahan buangan tersebut ke Australia sebagai syarat pembaharuan lesen, tetapi desakan itu ditolak oleh Australia.
Fuziah berkata bahan buangan itu tidak boleh dikitar semula atau disimpian di lokasi berbeza seperti yang dimaklumkan oleh Dr Mahathir apabila beliau memberitahu tentang cara lain yang akan digunakan jika Lynas enggan mengambil semula bahan buangan itu.
“Walaupun ia bahan buangan yang mempunyai tahap radioaktif rendah, ia mampu bertahan lalu. Separuh hayat bahan thorium dalam WLP mampu bertahan selama 14 bilion tahun.
“Cara terbaik adalah menghantar semula bahan itu ke lombong asalnya. Itu syarat yang ditetapkan oleh Yeo jika mahu memperbaharui lesen.” – 6 Jun, 2019.
Berita penuh di sini.
Komen