AKTRES Colombia, Shakira dihadapkan ke mahkamah di Barcelona hari ini untuk pendengaran kes berhubung dakwaan mengelak cukai berjumlah 14.5 juta euro (RM67 juta).
Penyanyi terkenal berusia 42 tahun itu mengelak daripada media ketika tiba di mahkamah di Esplugues de Llobregat dengan memasuki laluan garaj.
Pendakwa raya mendakwa Shakira dan salah seorang pembantunya gagal membayar cukai di Sepanyol walaupun menjadi warganegara antara 2011 dan 2014.
Kes itu hanya melibatkan tempoh antara 2-12 hingga 2015 kerana kesalahan yang dilakukan pada 2011 sudah tamat tempoh.
Pendakwa raya berkata ketika Shakira pindah di Sepanyol pada 2011, cukai hartanah yang dikenakan di Kepulauan Bahamas kekal sehingga 2015 apabila dia mula membayar cukai di Sepanyol.
Pasukan peguam belanya berkata sehingga 2014, Shakira memperoleh pendapatan daripada siri jejalah dunia dan tidak tinggal lebih daripada enam bulan setahun di Sepanyol.
Menurut media Sepanyol, Shakira juga sudah membayar semula jumlah hutang cukai kepada pihak berkuasa di negara itu. – AFP, 6 Jun, 2019.
Komen