Masa depan MAB masih tidak menentu


Ragananthini Vethasalam

Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali mengulas mengenai masa depan Malaysia Airlines Bhd. – Gambar fail The Malaysian Insight, 6 Jun, 2019.

PUTRAJAYA masih belum menentukan nasib syarikat penerbangan negara, Malaysia Airlines Bhd (MAB), kata Azmin Ali.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu berkata tiada sebarang keputusan dibuat oleh kerajaan berhubung syarikat penerbangan yang menghadapi masalah kewangan itu.

“Berhubung MAS (yang dulu dikenali sebagai Malaysia Airlines.. tiada,” katanya ketika menjawab mengenai masa depan syarikat penerbangan itu pada majlis sambutan hari raya di kediaman perdana menteri semalam.

Azmin juga merupakan ahli lembaga pengarah Khazanah Nasional Bhd, yang memiliki MAB.

Pada Mac lalu, Azmin berkata kerajaan tidak mempunyai kemampuan untuk menampung kerugian syarikat itu dan pelbagai pilihan akan dikaji sebelum keputusan dibuat.

Pelbagai langkah diambil kira termasuk pilihan untuk menjual atau menstruktur semula kewangan syarikat itu.

Bulan lalu, perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berkata salah satu pilihan adalah menjual MAB.

“Setiap orang memberitahu saya bahawa kami perlu melakukan dengan cara itu dan cara ini, tetapi kami tidak menerima sebarang penyelesaian yang sesuai,” katanya.

Dr Mahathir berkata sebnyak RM6 bilion sudah disalurkan kepada MAB oleh Khazanah. – 6 Jun, 2019.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen