Sudan nafi angka korban penunjuk perasaan cecah 108 orang


Media Sudan melaporkan sekurang-kurangnya 108 orang terbunuh apabila pasukan tentera melancarkan operasi menghentikan tunjuk perasaan di luar ibu pejabat tentera negara itu pada Isnin lalu. – Gambar EPA, 6 Jun, 2019.

KEMENTERIAN Kesihatan Sudan melaporkan jumlah kematian akibat operasi menghentikan tunjuk perasaan di Khartoum tidak melebihi 46 orang.

Jumlah itu lebih rendah berbanding 108 orang seperti yang dilaporkan oleh sebuah pertubuhan doktor dan media.

Kumpulan Jawatankuasa Pusat Doktor Sudan yang rapat dengan penunjuk perasan berkata, sekurang-kurangnya 108 orang terbunuh apabila pasukan tentera melancarkan operasi menghentikan tunjuk perasaan di luar ibu pejabat tentera negara itu pada Isnin lalu. – AFP, 6 Jun, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen